Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w maupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu.

Baginda s.a.w kemudian bertanya kepada para sahabat, “Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tamunya pada malam ini bagi pihak aku? ”┬áSeorang dari kaum Ansar telah menyahut, “Wahai Rasulullah s.a.w, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu” . Baca lebih lanjut

Iklan